Kerjaya antarabangsa Dayot Upamecano

Upamecano dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Guinea-Bissau.[6] Beliau telah mewakili pasukan bawah-16 Perancis yang menamatkan kejohanan Piala Aegea 2014 di tempat ketiga.[7] Beliau beraksi dalam tiga daripada empat perlawanan kejohanan itu dan telah dinobatkan sebagai pemain pertahanan terbaik kejohanan.[8][9] Beliau seterusnya mewakili pasukan bawah-17 Perancis dengan melakukan penampilan sulungnya pada perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah menentang Cyprus pada 27 Oktober 2014. Perancis akhirnya menjuarai Kejohanan Eropah Bawah-17 2015 dengan menyaksikan Upamecano beraksi dalam tiap-tiap perlawanan pasukannya sebelum disenaraikan kedalam pasukan pilihan kejohanan.[10][11] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-18 Perancis dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan pada 4 September 2015.[12]

Upamecano juga layak untuk mewakili pasukan kebangsaan Guinea-Bissau, Perancis dan Portugal.

Rujukan

WikiPedia: Dayot Upamecano http://www.redbullsalzburg.at/de/fc-liefering/news... http://www.origins.bundesliga.com/en/bundesliga/pl... http://www.goal.com/en/news/11/transfer-zone/2017/... http://www.skysports.com/football/news/11096/98730... http://www.uefa.com/under17/season=2015/teams/play... http://www.uefa.com/under17/season=2015/technical-... http://www.leprogres.fr/sports/2017/11/21/dayot-up... http://www.tff.org/default.aspx?pageID=471&ftxtID=... http://www.eurosport.co.uk/football/champions-leag... http://www.ibtimes.co.uk/manchester-united-target-...